BUY MORE THAN RM210 & GET FREE DELIVERY FOR PENINSULAR ONLY! Shop Now!
Cart 0
BENGKUNG BERZAP.jpg

Bengkung Berzap Serimama (M/L/XL/XXL)

RM 70.00 RM 85.00


Description:

  • Bengkung Berzap direka  khas untuk ibu berpantang dengan lebih mudah. 
  • Bengkung ini berkonsepkan zap dan sesuai untuk ibu yang melalui pembedahan caesarean & normal.
  • Ia juga membantu ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ini kerana zap yang dipakai lebih mudah dan elastik untuk dilakukan sendiri.
  • Ia sangat senang digunakan dan boleh duduk dengan selesa

Manfaat : 

  • Mengempiskan perut.
  • Sesuai untuk ibu yang melahirkan secara caesarean.
  • Mengurangkan berat badan& membentuk kembali tubuh ibu.
  • Mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah.
  • Membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan.
  • Senang untuk di buka dan di pakai semula.

Tempoh Penggunaan: 

  • Boleh digunakan pada hari ke-2 dalam tempoh berpantang.
  • Untuk pembedahan Caesarean boleh digunakan tetapi hendaklah di pakai dengan longgar di bahagian jahitan.
  • Kami sarankan untuk ibu berpantang yang mahu kan sepenuh keselesaan dalam memakai bengkung selepas Caesarean, digalakkan memakai Bengkung Moden 3 in 1 Serimama.

Saiz:

SAIZ

UKURAN (INCI)

UKURAN (cm)

M

38.5 X 20 INCI

97.79 X 50.8 cm

L

45 X 20 INCI

114.3 X 50.8 cm

XL

51 X 20 INCI

129.54 X 50.8 cm

XXL

57.5 X 20 INCI

146.05 X 50.8 cm


Cara Pemakaian :

  1. Bengkung ini mempunyai 3 zap
  2. Sisipkan kain bengkung dan mulakan tarik zap yang atas (1) sekali
  3. Seterusnya tarik zap no 3  mengikut keselesaan
  4. Tarik zap nombor 2 dan kemaskan

FAQ

S : Zap ni kukuh ke?

J : Ya, sangat kukuh kerana kami menggunakan zap yang berkualiti tinggi dan alhamdulillah  setakat ini kami belum menerima apa-apa aduan daripada pelanggan.

S : Macam mana nak tahu size?

J : Bengkung Berzap Serimama mempunyai 4 size berbeza iaitu M, L, XL & XXL. 

P.S : Untuk mengetahui saiz yang sesuai, puan boleh rujuk ukur lilit yang telah disediakan. 

S : Macam mana cara pakai Bengkung Berzap Serimama? 

J : Pilih saiz yang sesuai mengikut ukur lilit yang telah diberikan, kemudian tarikkan zap no 1 di bahagian atas bengkung ke bahagian velcro. Setelah habis zap pertama, tarik zap yang ketiga ke atas. Kemudian kemaskan zap kedua. 

S : Macam mana Bengkung Berzap Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas?

J : Bengkung Berzap Serimama memudahkan ibu-ibu ke tandas kerana hanya dengan bukaan zap yang mudah untuk di pasangkan semula. 

S: Apakah keistimewaan Bengkung Berzap Serimama?

J : Sangat istimewa kerana direka khas untuk membantu ibu-ibu muda berpantang dengan mudah, senang dan selesa. Selain itu juga, ia mempunyai saiz kecil ke besar dimana saiz bengkung boleh dilaraskan dalam beberapa saiz, sangat jimat. 

: Jahitan Bengkung Serimama mudah tetas ke?

J : Tidak, kerana bengkung Serimama mempunyai jahitan yang kukuh. 

S: Jika bersalin secara pembedahan (caeser), adakah sesuai untuk menggunakan Bengkung Berzap Serimama?

J : Jika bersalin secara pembedahan, kami menyarankan anda untuk memakai bengkung Moden 3 in 1 Serimama di mana ia lebih mudah dan fleksibel.

S : Cara basuh bengkung dengan betul ?

J : Cuci bengkung secara manual iaitu dengan menggunakan tangan agar kualiti kain tidak rosak dan terjejas .

S: Berapa lamakah tempoh penggunaan bengkung ini ?

J : Bengkung digunakan selama 44 hari dan keatas untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif

S : Berapa lama tempoh masa penggunaan bengkung dalam sehari ?
 

 J : Seeloknya eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika hendak mandi dan makan sahaja.

S: Jenis kain yang digunakan untuk bengkung berzap ?

J : kain Belacu Gred A ,selesa dipakai dan tidak panas .
 
 
S : Adakah harga yang di beri telah termasuk GST ?

J : Ya, harga yang di beri termasuk gst .

S: Adakah bengkung serimama sesuai untuk badan plus size ?

J : Ya sesuai, bergantung pada ukuran lilit pinggang .

 S: Berapakah berat bengkung berzap ?

 J : 400g

Customer comments

Author/Date Rating Comment