1. Kawalan tangan

Ibu-ibu kena banyak bersabar bila bayi dah semakin besar ni. Ini kerana si manja yang berusia lapan bulan akan seronok bila sedar yang kawalan tangan serta jari-jari mereka dah semakin baik, jadi mereka mungkin akan mengangkat pelbagai objek. Jangan terkejut kalau mereka cuba-cuba untuk mencampak objek tu. Mereka sedang belajar!

2. Penglihatan

Keupayaan si manja untuk melihat kini dah hampir sama dengan keupayaan seorang dewasa. Perhatikan mereka merangkak atau menunjuk kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka dari jauh.

3. Setiap bayi itu berbeza

Perkembangan setiap bayi memang akan jauh berbeza daripada satu sama lain. Kadang-kadang, memang susah untuk ibu-ibu tidak risau apabila melihat perkembangan bayi-bayi lain hingga menyebabkan ibu-ibu takut yang bayi sendiri akan ketinggalan.

Mungkin si manja sudah pandai menyebut “mama” atau “dada”, mungkin mereka masih lagi mengomel tanpa sebarang perkataan sebenar. Tak mengapa, jangan risau. Teruskan berbual dengan mereka dan percayalah, mereka akan mula bercakap apabia betul-betul sudah bersedia nanti.

Begitu juga dengan pergerakan. Tak kisahlah sama ada mereka masih merangkak, sudah pandai berpaut atau pun masih lagi selesa untuk berguling. Apa-apa pun, mereka hanya akan capai apabila sudah tiba masanya nanti. Banyakkan bersabar..

4. Jangan menangis, sayang

Pelik kenapa bayi akan menangis atau mencemikkan bibir bila mereka lihat bayi lain menangis? Ini dipanggil tangisan refleks dan ia sebenarnya adalah permulaan kepada wujudnya rasa simpati terhadap orang lain, sesuatu yang akan terus berkembang dalam tahun-tahun seterusnya.

5. Cara membantu bayi berkembang dalam bulan kelapan
  • Latih koordinasi di antara tangan dan mulut mereka dengan menggalakkan mereka untuk menyuap makanan sendiri. Berikan makanan yang mudah dipegang seperti biskut bayi, lobak merah atau strawberi, contohnya.
  • Jika bayi baru-baru cuba untuk berpaut untuk berdiri, ibu-ibu perlu berada hampir dengan mereka. Awal-awal ini, mereka masih belum stabil sepenuhnya jadi terjatuh akan menjadi perkara biasa. Jangan sekat mereka untuk meneroka, cuma pastikan ibu berada dekat untuk membantu mereka.
  • Si manja akan mula belajar tentang sebab dan akibat, “jika saya tekan butang ini, lagu akan terpasang”. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan permainan yang mempunyai butang atau suis.

Selalu Ibu Seri dengar ramai akan mula risau apabila bayi semakin hampir mencecah umur setahun. Ibu-ibu yang masih menyusu badan mestilah bercita-cita nak cukupkan penyusuan sehingga dua tahun, betul tak? Tapi apabila sudah masuk bulan kelapan ni, mereka risau jika susu badan akan berkurang dan terus berkurang sebab bayi semakin besar.

Jangan risau, ada banyak cara untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Salah satunya ialah dengan mengambil milk booster. Apabila singgah ke Mom’s House Babyshop, boleh cuba tanya tentang Serimama Milk Booster yang sudah terbukti boleh memperbanyakkan susu badan, sambil mengemaskan rahim dan organ dalaman wanita untuk kembali kepada kondisi asal. Banyak lagi kebaikannya sebenarnya. Boleh dapatkan maklumat lanjut nanti. Cepat-cepat kejar Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti!