Dah masuk bulan ketujuh ni, jangan terkejut kalau tiba-tiba si manja semakin banyak menjejeskan air liur. Sebabnya kebanyakan bayi akan mula tumbuh gigi pada waktu ini. Ada juga yang lambat sikit. Jom kita baca sikit tentang perkembangan-perkembangan lain yang bayi akan capai.

1. Pergerakan

Ada yang sudah pandai merangkak, ada pulak yang baru nak pandai meniarap. Sebaik sahaja bayi boleh meniarap, mereka akan cuba untuk menarik badan ke hadapan untuk bergerak, ala-ala komando. Sesetengah bayi pulak akan mengangkat badan dalam posisi merangkak dan menghenjutkan badan ke hadapan dan ke belakang. Tapi ingat ya… Setiap bayi itu berbeza, Jangan sesekali nak banding-bandingkan sehingga memaksa mereka membuat sesuatu yang mereka belum bersedia nak buat.

2. Duduk

Bayi mungkin sudah mampu untuk duduk sendiri tanpa sokongan. Dan kini, mereka sukakan sensasi meletakkan berat badan sendiri pada kaki. Dalam kata lain, mereka sukakan pengalaman berdiri! Pegang  mereka dengan meletakkan tangan pada bawah ketiak mereka dan ajak mereka untuk melompat setempat jika mereka mahu. Ini membantu untuk menguatkan otot kaki yang akan memudahkan mereka untuk berjalan nanti.

3. Penggunaan tangan

Sebelum ini, si manja akan menggunakan seluruh tangan untuk menggenggam sesuatu. Kini, mereka akan mula belajar untuk menggunakan ibu jari dan jari telunjuk – cara pegangan ini dipanggil pincer grip. Ini adalah permulaan kepada kemahiran motor halus yang akan memberikan mereka ketepatan dalam memegang permainan, menukar-menukar tangan dan macam-macam lagi.

4. Cara membantu bayi berkembang dalam bulan ketujuh

  • Bayi sudah memahami konsep kewujudan sesuatu walaupun mereka tak dapat melihatnya di situ. Ibu-ibu boleh bermain dengan mereka sambil mengajarkan bahawa sesetengah benda yang hilang akan datang semula. Boleh cuba bermain cak-cak atau memasukkan kiub-kiub permainan ke dalam kotak dan menutupnya untuk melihat mereka mengeluarkannya sendiri.
  • Permainan yang mempunyai pelbagai bentuk akan mengasah kemahiran motor dan berfikir si manja. Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan permainan menyusun bentuk-bentuk kepada mereka.
  • Lagu-lagu yang mengajak mereka untuk membuat sesuatu seperti “Pok Amai-amai” atau “Kepala, Bahu, Lutut, Kaki” akan membantu untuk mengembangkan kemahiran mendengar dan mengingat Selalu-selalukanlah menyanyikannya kepada mereka.

 

Untuk ibu-ibu yang bayinya sudah merangkak tu, mesti penat kan nak pastikan mereka merangkak dengan selamat?Kalau mereka merangkak atas lantai atau karpet pun boleh melecet kerana kulit mereka yang sensitif. Bolehlah dapatkan Knee Pads daripada Mom’s House Babyshop ni. Comel, berguna dan berpatutan! Jangan tunggu-tunggu lagi sementara ada Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti!