Di antara bulan kedua hingga ketiga, si manja akan menyedari “kewujudan” tangan mereka. Mereka mungkin akan betul-betul memerhatikan tangan mereka dengan penuh hairan dan mungkin jugak akan mula membawa tangan ke mulut. Jom baca mengenai perkembangan-perkembangan lain.

1. Sentuhan

Anda mungkin perasan yang bayi dah semakin lebih prihatin terhadap perkara-perkara di sekelilingnya, selain mempelajari sensasi sentuhan yang baru. Ibu-ibu boleh membantu perkembangan bayi dengan mendedahkannya kepada tekstur yang berlainan, untuk memberikannya pengalaman yang baru dan berbeza.

Ia juga penting bagi ibu-ibu untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit yang cukup kepada bayi. Ia bukan hanya boleh membantu merapatkan lagi hubungan si ibu dan bayi, tapi turut memberikan mereka keselesaan dan rasa selamat.

Salah satu cara untuk meningkatkan kadar sentuhan kulit ke kulit adalah dengan mengurut bayi. Mudah je, hanya tuangkan beberapa titik minyak bayi dan lalukan tangan secara perlahan ke seluruh tubuh mereka. Sambil-sambil tu, berinteraksi atau berbual mesra dengan bayi.

2. Sebab dan akibat

Jika sebelum ni, ibu-ibu ada ternampak yang si manja berjaya memukul permainan mereka yang tergantung tu… Ha, yang itu mungkin secara kebetulan. Tapi masuk bulan ketiga, bayi sudah mula memahami konsep sebab dan akibat – bila mereka memukul permainan tu, ia akan bergerak.

3. Meniarap

Setiap minggu, kekuatan otot leher bayi akan bertambah. Jadi, amat penting untuk mereka mendapat masa meniarap pada setiap hari. Kalau dalam English, ia dipanggil tummy time. Tummy time membantu untuk memperbaiki koordinasi, otot dan kemahiran motor yang diperlukan oleh bayi untuk bergerak.

Mulakan dengan lima minit sehari dan lebihkan masa sedikit demi sedikit, sehingga menjadi 15 atau 30 minit sehari. Jika mereka merengek, ibu-ibu boleh cuba meniarao sekali bersama untuk berinteraksi dan menenangkan mereka.

4. Murah senyuman

Bayi kini bukan hanya senyum pada si ibu, malah murah sekali dengan senyuman hingga akan tersengih kepada sesiapa yang mengagah atau senyum kepadanya. Mereka juga cenderung kepada bayi lain, terutamanya bila melihat diri sendiri pada cermin.

Cara membantu bayi berkembang dalam bulan ketiga

  • Cuba letakkan permainan yang berwarna terang dalam genggaman mereka dan lihat jika mereka sudah mampu untuk memegangnya untuk beberapa ketika. Perhatikan juga jika bayi memberikan respon terhadap permainan yang berbunyi.
  • Bacakan buku kepada bayi. Tunjukkan buku-buku yang ringkas dan bacakan mengikut intonasi yang menarik agar mereka boleh belajar memahami lenggok bahasa dan bunyi.

Nak cari permainan yang sesuai untuk bayi? Ibu-ibu boleh dapatkan Baby Rattle daripada Mom’s House Babyshop ni pada harga RM20.90. Comel sangat, ada macam-macam karakter. Mesti si manja suka sangat nanti. Mom’s House Baby Shop juga akan mengadakan Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti. Datanglah ramai-ramai!