Bulan kelima si bayi

Setakat ni, mungkin hanya ibu-ibu je yang asyik menunjukkan kasih sayang kepada bayi kan? Ha, bulan ni kemungkinan besar ibu-ibu akan mendapat kasih sayang kembali. Hehe. Si manja mungkin akan menghulurkan tangan minta didukung dan mungkin akan memeluk ibu-ibu. Apa lagi yang boleh dijangkakan?

Deria rasa

Ada sebabnya kenapa bayi asyik nak masukkan semua benda dalam mulut mereka. Mulut bayi mempunyai ujung saraf yang paling banyak berbanding bahagian badan yang lain. Jadi, memasukkannya ke dalam mulut adalah cara yang baik untuk mereka mengetahui rasa dan keadaan sesuatu objek.

Penglihatan

Bayi kini sudah boleh mengenalpasti pelbagai saiz objek, serta objek yang bergerak. Tak lama lagi, mereka juga akan mula mengenali konsep yang objek itu masih wujud walaupun hilang daripada pandangan. Ha, konsep inilah yang akan buatkan mereka nak pada si ibu sahaja dan taknak pada orang lain seperti pengasuh, contohnya. Mereka tahu ibu mereka ada, walaupun mereka tak nampaknya di situ.

Cubaan untuk duduk sendiri

Otot-otot bayi sudah semakin kuat dan mereka akan mula belajar untuk meniarap dan menolak badan ke depan. Pada usia ini, ada jugak bayi yang sudah pandai duduk sendiri. Tapi kebanyakannya masih belum cukup kuat dan akan duduk dengan senget. Perhatikan bayi jika mereka dalam posisi duduk, takut-takut mereka akan terjatuh.

Cara membantu bayi berkembang dalam bulan kedua

  • Untuk membantu bayi duduk, aturkan kaki mereka kepada bentuk V untuk memberikan mereka keseimbangan. Semasa dalam posisi ini, berikan mereka permainan. Jika takut mereka terjatuh, kepung mereka dengan kusyen.
  • Letakkan permainan pada salah satu tangannya, kemudian tukar kepada tangan yang satu lagi. Tak lama lagi, mereka akan pandai untuk bertukar-tukar tangan ketika bermain atau memegang sesuatu.
  • Masih terlalu awal untuk bayi berdiri, tapi ibu-ibu boleh mula melatih mereka dari sekarang. Dukung bayi dengan tangan ibu-ibu di bawah ketiak, seolah-olah mereka dalam pososi berdiri dan berikan ruang untuk mereka menginjakkan kaki ke lantai.

Ibu-ibu ada tak yang sejenis dengan Ibu Seri suka kumpul tuala bayi? Hehe. Boleh cuba tengok Baby’s Towel daripada Mom’s House Babyshop ni, RM10 je tau! Dahlah comel, mudah pulak tu nak bawak ke mana-mana. Jangan lepaskan peluang sementara ada Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti ya?