Pejam celik, pejam celik… Dah setengah tahun dah si manja bersama ibu-ibu. Cepat betul masa berlalu kan? Makin bsar ni makin banyaklah akalnya. Hehe. Jom baca apa yang Ibu Seri dah kumpulkan serba sedikit tentang perkembangan bayi untuk bulan keenam ni.

1. Sentuhan

Bayi pada umur-umur begini masih lagi “terpesona” dengan tekstur yang berbeza – membiarkan air mengalir di jari-jari, memegang kertas yang digumpal menjadi bola atau melalukan tangan pada rumput. Semua ini memang bagus untuk melatih deria sentuhan mereka dan berkait dengan pengalaman mereka untuk merasa makanan kerana tekstur makanan juga berbeza-beza.

2. Penglihatan

Kini, bayi akan mula perasan perkara-perkara kecil yang mereka mungkin tak nampak sebelum ni – anting-anting si ibu, gambar pada baju si ayah, hidung pada beruang permainan kesayangannya dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, mereka akan memerhatikan perkara-perkara kecil ini dengan agak lama dan akan cuba menyentuhnya.

3. Pertuturan

Bercakap dengan bayi sangat penting untuk perkembangan bahasa mereka. Jangan rasa segan. Banyak perkara yang ibu-ibu boleh bualkan dengan si manja. Contohnya, mengira anak tangga sambil berjalan, terangkan perkara di sekeliling seperti warna-warna bunga dan daun. Ulang banyak kali pun tak mengapa, sebab mereka akan menyimpan semua yang didengari dan akan mengulangnya kembali bila sudah bersedia untuk bertutur.

4. Pergerakan

Sesetengah bayi memilih untuk menarik badan ke depan, ada yang berguling dan ada jugak yang mengensot. Jangan risau, setiap bayi adalah berbeza. Jadi, apa pun cara pergerakan yang mereka pilih adalah normal. Tapi, semakin banyak tummy time yang bayi perolehi, semakin kuat tangan dan kaki mereka dan semakin mudahlah mereka bergerak.

 5. Makanan pertama

Selalunya ibu-ibu memang menantikan bila bayi mereka mencecah enam bulan kerana nak menyuap mereka makan. Enam bulan adalah waktu terbaik untuk memperkenalkan makanan pertama kepada bayi. Bayi pun seronok jugak kerana dapat mencuba pelbagai rasa, tekstur dan warna makanan yang baru.

6. Cara membantu bayi berkembang dalam bulan keenam

  • Bayi sukakan bunyi-bunyian haiwan dan mereka sudah mula memahami yang setiap haiwan menghasilkan bunyi yang berbeza. Tunjukkan buku-buku yang ada gambar-gambar haiwan dan buatkan bunyi-bunyian untuk setiap satunya.
  • Memang bagus jika ibu-ibu suka bermain dengan bayi, tapi mereka juga perlukan masa untuk bermain sendiri tanpa stimulasi daripada orang lain. Ini juga akan melatih mereka untuk berdikari dan belajar untuk menghiburkan diri sendiri.

Ha, si manja dah boleh makan ni, kenalah ada aksesori baru betul tak? Untuk memudahkan nak suap bayi makan nanti, boleh dapatkan Tinee Minee Fork & Spoon Travel Set daripada Mom’s House Babyshop. Cantik tau, ada pilihan warna merah atau pink. Harganya cuma RM18.90. Cepat-cepat ya, jangan lepaskan peluang sementara ada Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti!