Dalam bulan keempat, perkembangan bayi akan semakin cepat. Selain deria yang sudah bertambah lebih baik, mereka juga akan memulakan peringkat-peringkat awal perkembangan pertuturan dan ada jugak yang mungkin dah nak tumbuh gigi. Jom kita tengok!

1. Sentuhan

Si manja akan tertarik dengan apa saja yang mempunyai tekstur – berkedut, berkilat, berketul, berbulu dan sebagainya. Dan kebanyakan objek yang mereka sentuh akan terus masuk ke dalam mulut! Kadang-kadang mereka akan terpukul diri sendiri bila bermain, dengan permainan misalnya. Jangan terkejut kalau lepas tu mereka menangis dan memandang ibu-ibu dengan riak muka seperti yang menyalahkan kita pulak. Hehe.

2. Penglihatan

Penglihatan mereka sudah jauh lebih baik daripada waktu awal kelahiran. Bayi kini sudah boleh nampak lebih jauh, walaupun mereka masih suka melihat objek dengan lebih dekat. Jika dalam bulan keempat ni, masih ada tanda-tanda juling yang ibu-ibu perasan, bolehlah terus rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kini, bayi juga akan menjadi lebih bijak dalam membezakan warna yang berlainan, walaupun warna itu lebih kurang sama. Ini adalah masa yang baik untuk memperkenalkan permainan-permainan atau buku-buku yang berwarna-warni kepada mereka.

3. Perkembangan pertuturan

Jika ibu-ibu dengar dengan teliti, celoteh bayi kini akan ada bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Bunyi-bunyi P dan B bila mereka gelisah dan bunyi-bunyi J dan K bila mereka gembira. Mereka juga mungkin sudah boleh mengikut bunyi yang ibu-ibu buat. Contohnya, bila ibu sebut “boo”, bayi akan cuba nak ikut.

4. Meniarap

Selalunya, bayi sudah boleh meniarap bila sudah mencecah umur ini. Tapi setiap perkembangan bayi itu adalah berbeza. Ada yang sudah bersedia pada tiga bulan, ada yang enam, tujuh bulan pun ada. Jadi, mungkin si manja akan boleh meniarap sekarang, mungkin juga tidak.

Ibu-ibu jangan paksa dan jangan sedih atau risau jika mereka belum boleh buat sesuatu yang ibu-ibu harapkan. Boleh cuba galakkan mereka dengan meletakkan permainan kesukaan mereka di tepi untuk lihat jika mereka akan cuba meniarap untuk mengambilnya.

5. Gigi pertama

Bayi boleh mula tumbuh gigi yang pertama pada bila-bila masa dari bulan ketiga hingga satu tahun. Mereka akan lebih galak menghisap genggaman mereka atau mengosok-gosok gusi dengan jari. Jika ibu-ibu lihat ada kesan merah pada gusi dan mereka semakin banyak meleleh air liur, itu mungkin tanda nak tumbuh gigi.

6. Cara membantu bayi berkembang dalam bulan keempat
  • Bantu perkembangan deria sentuhan bayi dengan memberikan pelbagai objek dengan tekstur yang berbeza kepada mereka. Tak perlu mahal-mahal, objek-objek yang ada di rumah pun boleh. Tisu, kain selimut yang berbulu, kain baldu dan apa saja yang ibu-ibu boleh fikirkan.
  • Perkenalkan juga alat-alat muzik yang sesuai untuk bayi, seperti xylophone atau drum. Penglibatan dalam muzik boleh membawa impak positif kepada perkembangan sosial dan intelektual bayi.

Fruit Teether daripada Mom’s House Babyshop ni memang sesuai sangat untuk bayi gigit-gigit dan hisap. Comel pulak tu, ada macam-macam design buah-buahan. Harga pun berpatutan sangat, cuma RM12.90. Jomlah dapatkan, lagi-lagi pulak sempena Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti.