1. Pencapaian fizikal

Tak sangka lagi tiga bulan, anak ibu-ibu akan berusia setahun. Cepat betul masa berlalu. Jadi, apa perkembangan yang akan si manja capai dalam bulan kesembilan ini? Kebanyakannya sudah pandai meniti, berdiri dan berjalan sambil berpaut pada perabot.

Tapi bagi mereka yang lebih mencabar adalah cubaan untuk duduk sendiri setelah berdiri. Mereka akan belajar secara perlahan. Oh ya, sebelum terlupa… Ibu Seri nak pesan. Walaupun bayi sudah boleh berdiri sendiri, tunggu dulu sebelum membeli dan memakaikan mereka kasut. Adalah lebih baik untuk membentuk kestabilan mereka jika mereka boleh merasa permukaan lantai.

2. “Itu saya punya!”

Anak ibu-ibu kini sudah tahu apa yang dia mahukan. Jadi, jangan terkejut kalau si manja menangis atau menjerit jika sesuatu yang dimahukan diambil atau tak diberi. Alihkan perhatian mereka dengan menunjukkan sesuatu yang baru.

3. Kemahiran sosial

Ibu-ibu mungkin akan perasan yang si manja sudah mula membentuk rasa humor dan akan memberikan respon yang gembira apabila dilambai atau dicium. Ibu-ibu digalakkan untuk membawa bayi untuk bersama rakan-rakan sebayanya bagi melatih kemahiran sosial dan membiasakannya dengan peneman yang lain.

4. Cara membantu bayi berkembang dalam bulan kesembilan

  • Ajarkan kepada bayi tentang konsep giliran. Pilih satu permainan dan pegang sambil memberitahunya yang ini adalah giliran ibu. Selepas beberapa ketika, berikan permainan itu kepada mereka dan katakan yang ini adalah gilirannya pula.
  • Bayi akan sangat sukakan permainan geletek-geletek untuk masa ini. Sebenarnya, mereka akan lebih seronok menunggu “ketibaan” setiap geletek itu daripada sensasi digeletek itu sendiri kerana sudah tahu ia akan tiba.

Anak ibu-ibu kuat makan tak? Bila mereka sudah mula makan dan menyuap sendiri, memang susah nak elak comot-comot kan? Ha, sebab itulah ibu-ibu kena dapatkan Cartoon Feeding Bib Waterproof ni daripada Mom’s House Babyshop. Macam-macam corak dan warna, serta sangat mudah untuk dicuci. Harganya pun berpatutan, hanya RM10.90. Masih sempat lagi ni untuk singgah dan nikmati Opening Sale di cawangan Bangi Gateway dari 20 Mac hingga 20 April nanti!